This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pendidikan Khas

Monday, 3 December 2012

Tips.. dari guru cemerlang Keyla


Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia
a.   Etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.

b.    Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing.

c.   Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA.

d.  Justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.

e.  Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.

f.     Tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

g.  Setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:
                                         i.     Tanggungjawab terhadap pelajar;
                                        ii.     Tanggungjawab terhadap ibu bapa;
                                       iii.     Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Ustazah kami..

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu  masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”


video

* calon guru cemerlang group kami!!

KONSEP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN




Pengenalan
Pentaksiran adalah sesutau bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Seterusnya, bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain. Seterusnya, apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.
analisis tugasan


Refleksi cikgu MURNI..HIT!!!


Pertama syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan baik walaupun pada mulanya terdapat kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini terdapat banyak ilmu-ilmu baru yang dapat saya pelajari terutama ilmu yang berkaitan dengan bidang pendidikan khas masalah pembelajaran. Apabila melaksanakan tugasan ini saya dapat mendalami dengan lebih jelas lagi tentang kategori-kategori murid berkeperluan khas dan juga kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk murid-murid ini.

Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan kajian kes terhadap murid autisme iaitu Nurul Shahidah Bt. Arshad. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang kanak-kanak autisme, akan tetapi setelah melakukan kajian ini banyak maklumat-maklumat baru tentang autisme yang saya perolehi. Misalnya, tentang ciri-ciri Autisme. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya tidak mengetahui bahawa terdapat banyak ciri-ciri autisme. Saya juga dapat mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang autisme iaitu tentang faktor-faktor autisme, klasifikasi autisme, tingkah laku dan juga banyak lagi. Kesemua maklumat ini saya perolehi melalui pembacaan buku dan juga maklumat dari internet. Tugasan ini memerlukan saya untuk melakukan banyak pembacaan dan penyelidikan.Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya dapat mempelajari tentang pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti menghafal doa dan menyelesaikan masalah. Saya memperolehi pengetahuan ini melalui pemerhatian yang dibuat ketika sesi P&P kelas Nurul Shahidah. Saya dapati sebagai guru pendidikan khas kita haruslah kreatif dalam pengajaran kerana kemampuan kognitif murid berkeperluan khas adalah berbeza-beza. Pada pendapat saya, guru adalah seorang pelakon, yang  pandai menonjolkan bakatnya supaya ramai penonton suka menontonnya. Manakala, murid ialah penonton, yang akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.Rujukan

HIPERAKTIF/GANGGUAN PENUMPUAN/ADHD (ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER)


Judith (2002) mengatakan, gejala-gejala utama ADHD ialah hiperaktif, gerak hati yang keliru dan kesukaran memberikan tumpuan. Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda gangguan kepada seseorang individu. Tambahnya lagi, kebanyakan pakar percaya bahawa ADHD adalah atas faktor biologi dan bukannya disebabkan oleh pengaruh sosial atau fisiologi. Bagi mereka yang mempunyai ADHD, kawasan otak yang mengawal tingkah laku mereka tersebut boleh berada di bawah rangsangan.

Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive). Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Istilah ini sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini iaitu terlampau aktif dan kekurangan tumpuan. Di sini anda akan didedahkan dengan istilah yang lebih saintifik yang merujuk kapada istilah hiperaktiviti, iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD)(Abdul R.T., 2011).

Kanak-kanak biasanya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat. Walau bagaimanapun, perubahan perkembangan besar yang wujud antara dunia bayi dengan umur persekolahan adalah peningkatan dalam jumlah masa kanak-kanak berminat dalam satu-satu aktiviti, dan perubahan daripada aktiviti motor kasar yang berterusan kepada masa bagi aktiviti yang memerlukan mereka memberikan tumpuan dalam masa yang tertentu seperti semasa membaca ataupun menonton televisyen. Kanak-kanak yang hiperaktif ataupun mempunyai masalah memberi tumpuan mungkin tidak memaparkan peningkatan dalam perkembangan ini.

Teori pekembangan

Sebagai seorang guru kita perlu membekalkan diri kita dengan seberapa banyak ilmu terutamanya  ilmu psikologi. Ilmu psikologi ini dapat membantu kanak-kanak mengalami perkembangan optimum dari segi fizikal, rohani dan mental. Tujuan mengkaji psikologi adalah untuk dapat memahami tingkah laku manusia, merancang aktiviti yang sesuai dalam pengajaran, dapat mengawal tingkah laku yang agresif kepada tingkah laku terkawal, memahami perbezaan individu serta dapat menilai tingkah laku manusia. Antara kajian psikologi yang penting adalah kajian mengenai perkembangan manusia. Kajian mengenai perkembangan manusia ini sangat penting kerana murid merupakan aspek penting dalam proses pendidikan. Pertumbuhan dan perkembangan adalah merangkumi psikologi perkembangan yang mengkaji individu mengikut masa atau tahap tertentu. nota