Pendidikan Khas

Monday 3 December 2012

HIPERAKTIF/GANGGUAN PENUMPUAN/ADHD (ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER)


Judith (2002) mengatakan, gejala-gejala utama ADHD ialah hiperaktif, gerak hati yang keliru dan kesukaran memberikan tumpuan. Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda gangguan kepada seseorang individu. Tambahnya lagi, kebanyakan pakar percaya bahawa ADHD adalah atas faktor biologi dan bukannya disebabkan oleh pengaruh sosial atau fisiologi. Bagi mereka yang mempunyai ADHD, kawasan otak yang mengawal tingkah laku mereka tersebut boleh berada di bawah rangsangan.

Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive). Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Istilah ini sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini iaitu terlampau aktif dan kekurangan tumpuan. Di sini anda akan didedahkan dengan istilah yang lebih saintifik yang merujuk kapada istilah hiperaktiviti, iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD)(Abdul R.T., 2011).

Kanak-kanak biasanya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat. Walau bagaimanapun, perubahan perkembangan besar yang wujud antara dunia bayi dengan umur persekolahan adalah peningkatan dalam jumlah masa kanak-kanak berminat dalam satu-satu aktiviti, dan perubahan daripada aktiviti motor kasar yang berterusan kepada masa bagi aktiviti yang memerlukan mereka memberikan tumpuan dalam masa yang tertentu seperti semasa membaca ataupun menonton televisyen. Kanak-kanak yang hiperaktif ataupun mempunyai masalah memberi tumpuan mungkin tidak memaparkan peningkatan dalam perkembangan ini.

0 comments:

Post a Comment