Sebagai seorang guru
kita perlu membekalkan diri kita dengan seberapa banyak ilmu terutamanya ilmu psikologi. Ilmu psikologi ini dapat
membantu kanak-kanak mengalami perkembangan optimum dari segi fizikal, rohani
dan mental. Tujuan mengkaji psikologi adalah untuk dapat memahami tingkah laku
manusia, merancang aktiviti yang sesuai dalam pengajaran, dapat mengawal tingkah
laku yang agresif kepada tingkah laku terkawal, memahami perbezaan individu
serta dapat menilai tingkah laku manusia. Antara kajian psikologi yang penting
adalah kajian mengenai perkembangan manusia. Kajian mengenai perkembangan
manusia ini sangat penting kerana murid merupakan aspek penting dalam proses
pendidikan. Pertumbuhan dan perkembangan adalah merangkumi psikologi
perkembangan yang mengkaji individu mengikut masa atau tahap tertentu. nota
0 comments:
Post a Comment