Pertama syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan baik walaupun
pada mulanya terdapat kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini terdapat banyak ilmu-ilmu
baru yang dapat saya pelajari terutama ilmu yang berkaitan dengan bidang
pendidikan khas masalah pembelajaran. Apabila melaksanakan tugasan ini saya
dapat mendalami dengan lebih jelas lagi tentang kategori-kategori murid
berkeperluan khas dan juga kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan untuk murid-murid ini.
Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan kajian
kes terhadap murid autisme iaitu Nurul Shahidah Bt. Arshad. Jika sebelum ini
saya hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang kanak-kanak autisme, akan
tetapi setelah melakukan kajian ini banyak maklumat-maklumat baru tentang
autisme yang saya perolehi. Misalnya, tentang ciri-ciri Autisme. Sebelum
melaksanakan tugasan ini, saya tidak mengetahui bahawa terdapat banyak
ciri-ciri autisme. Saya juga dapat mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang
autisme iaitu tentang faktor-faktor autisme, klasifikasi autisme, tingkah laku
dan juga banyak lagi. Kesemua maklumat ini saya perolehi melalui pembacaan buku
dan juga maklumat dari internet. Tugasan ini memerlukan saya untuk melakukan
banyak pembacaan dan penyelidikan.Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya dapat
mempelajari tentang pengubahsuaian dalam pengurusan
strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan
kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti
menghafal doa dan menyelesaikan masalah. Saya memperolehi pengetahuan ini
melalui pemerhatian yang dibuat ketika sesi P&P kelas Nurul Shahidah. Saya
dapati sebagai guru pendidikan khas kita haruslah kreatif dalam pengajaran
kerana kemampuan kognitif murid berkeperluan khas adalah berbeza-beza. Pada
pendapat saya, guru adalah seorang pelakon, yang pandai menonjolkan bakatnya supaya ramai
penonton suka menontonnya. Manakala, murid ialah penonton, yang akan
menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu,
guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai
objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan
untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.Rujukan
Monday, 3 December 2012
Refleksi cikgu MURNI..HIT!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment